Sep 27, 2011

BERIMANKAH AKU??

Kenapa terlalu berat ujian ini?


"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

Bagaimana harus ku hadapi semua ini?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

Apa yang akan kudapat daripada semua ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)

Kepada siapa harus aku berharap?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)

PETUA UNTUK HATI =)

Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.

Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.

Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.

Luahkan perasaan anda- Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.

Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.

Jul 13, 2011

Realiti Gejala Sosia di Malaysia!

Gejala sosial di kalangan remaja pada hari ini 

 

Gejala sosial yang melibatkan golongan remaja bukan sahaja menimpa remaja kelas bawahan, malahan membabitkan kelompok remaja kelas menengah dan atasan. Pada umumnya, gejala ini timbul kerana golongan remaja tidak mempunyai tempat mengadu dan tidak diurus dengan saksama lagi bijaksana.
Sesetengah ibu bapa harus mengakui bahawa mereka tidak mempunyai kemahiran dalam mendidik anak-anak. Kemahiran mengasuh meliputi kefahaman terhadap jiwa remaja, menangani kesihatan mental dan emosi anak-anak muda serta penguasaan terhadap perkembangan terkini. Mereka perlu dididik bahawa jiwa remaja kini tidak sama dengan jiwa mereka sewaktu remaja. Interaksi dengan anak-anak tidak lagi bersifat sehala. Pandangan bahawa `ibu dan bapa kemudian anak-anak’ tidak lagi terpakai. Sebaliknya ibu bapa perlu memahirkan diri menjadi `rakan anak-anak’. Kemahiran mendengar dan berbincang dengan anak-anak perlu dipupuk. Konsep membuat keputusan untuk anak remaja juga tidak lagi boleh diamalkan. Sebaliknya gaya berbincang nyata lebih berkesan.



Ibu bapa harus peka dan membantu remaja dalam memahami perubahan fizikal dan seksual mereka. Mereka perlu dibantu apabila terdapat ledakan kebolehan intelektual. Perubahan tersebut mendorong remaja membebaskan diri daripada kongkongan ibu bapa dan sebaliknya mereka mahu membina jati din sendiri. Pendidikan daripada alam kanak-kanak kepada remaja menjadikan emosi dan psikologi mereka mulai bebas. Jika ibu bapa masih mengamalkan konsep melindungi dan bukannya tempat meluahkan masalah, remaja akan kelihatan bermusuh dengan ibu bapa kerana jiwa mereka tidak difahami. Peristiwa yang menimpa remaja Sufiah Farouq (remaja pintar di Oxford) merupakan suatu contoh bahawa remaja tidak boleh dikongkong oleh ibu bapa.
 


Guru di sekolah pula bukanlah sekadar pembimbing akademik, tetapi harus menjadi rakan kepada remaja. Guru yang diingati oleh remaja ialah guru yang boleh dibawa berbincang dan sama-sama menyelesaikan masalahnya. Guru yang hanya memerintah akan diingati sebagai `pemerintah’ dan tidak didekati. Hasilnya, arahan akademik bukan sahaja tidak dipatuhi, bahkan mewujudkan pemberontakan antara pelajar dengan gurunya. Ini pula akan menyebabkan pelajar tidak mempunyai minat terhadap proses pembelajaran.Pihak berkuasa pula tidak boleh mengharapkan remaja menjauhi kehidupan bebas dan liar, tetapi pada masa yang sama turut menyediakan ruang untuk perkara seperti minuman arak, seks bebas dan penagihan pil ecstacy berlaku dengan mudah. Persekitaran tidak sihat harus dibanteras, seiring dengan usaha pembentukan remaja itu sendiri. Gejala remaja gemar menonton video lucah misalnya, tidak boleh dituding semata-mata kepada ibu bapa dan guru. Dalam hal ini, adakah ibu bapa dan guru harus disalahkan, sedangkan bahan untuk tontotan lucah berlambak bebas di pasaran tanpa kawalan? 




Media pula mesti mengawal penyiaran secara eksklusif dan besar-besaran tentang keruntuhan akhlak remaja tanpa membantu untuk mengawalnya. Sebaliknya remaja yang berjaya mesti sering ditonjolkan di media massa sebagai motivasi untuk diteladani. Hal-hal mengenai kreativiti remaja mesti sering diperbanyak berbanding liputan mengenai aksi dan perangai negatif mereka.
Sesungguhnya, pelbagai gejala negatif berleluasa di kalangan remaja hari ini. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama membanteras fenomena ini agar tidak timbul masalah sosioekonomi yang lebih serius.

Apr 19, 2011

Kenapa Tak Rogol Saya?
Kisah benar ini berlaku di US.
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

Moral Cerita Ini?

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]



Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...

Semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
Sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….
Semoga

Mar 8, 2011

:: B.e.t.o.l K.e??? ::

Ni ade nak share skit pasal makna tersembunyi disebalik kata-kata seorang perempuan..ade terjumpa kat ne xtaw la..saje2 nk kongsi kat blog ni...tengok je la..hehehe~

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la... Rasa macam nak jadi awek you je.

Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

Mar 3, 2011

:: 10 Jenis Orang Islam Yang Kejam ::

Sufyan Atsauri berkata: “Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:


1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.
 

2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.
 

3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.
 

4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
 

5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.
 

6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
 

7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
 

8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
 

9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
 

10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.



Dipetik daripada http://peribadirasulullah.wordpress.com

:: Gambar Dunia Akhir Zaman..Islam diHina..Nauzubillah ::








Israel membina tandas kencing dengan rupa wanita solehah yang bertudung… kini umat Islam boleh dihina kerana sikap mereka yang hanya menjadi penonton dan pengguna setia kepada barangan yahudi… syarikat yahudi akan membina tandas berbentuk demikian untuk kegunaan awam dengan tujuan menghina dan mempersendakan Islam. syarikat yahudi juga akan memasarkanya di amerika yang menjadi rakan niaga terbesar dengan kita tercinta.


Kelab Malam Di Sepanyol



Sudahlah kelab malam dinamakan dengan nama Mekah, Bangunannya pula berbentuk masjid – Nilailah sendiri tahap penghinaan terhadap Islam tetapi tidak ada seorang pun umat Islam yang bernama lelaki.  Semuanya dayus untuk bersuara dan memperbetulkan keadaan dengan penuh hikmah.

Untuk perniagaan dan nafsu umat Islam sanggup  berbincang siang dan malam tetapi untuk agama Allah SWT tidak ada masa.


majlis di istana di dubai,arab saudi


Palm island Dubai

Burj Al Arab
Pembaziran yang berlaku di negara arab saudi yang kaya dengan hasil minyak..
Inilah nikmat yang Allah berikan kepada mereka tetapi disalah gunakan...masyaAllah..pembaziran yang melampau...

Feb 28, 2011

:: Cara Memotong Kuku Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W ::

Haaaaa..sape yang ase nak cari PAHALA lebih tu...tengok2 la cni(bg sape2 yang belum tahu dah belum amal arh)....ok? Assalammualaikum..


Feb 26, 2011

:: 7 Sunnah Rasulullah S.A.W ::

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
 
Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu sentiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. 

Feb 24, 2011

Shisha 400 hingga 450 kali lebih bahaya daripada rokok biasa!”





“Kajian daripada Department of Health and the Centre for Tobacco Control, mendapati bahawa shisha lebih berbahaya berbanding rokok. Pada tingkat yang sangat parah, shisha 400 hingga 450 kali lebih bahaya daripada rokok biasa!”

Kenapa shisha bahaya?
Ramai menyatakan ia lebih selamat daripada merokok, tetapi ia tidak wajar sama sekali kerana kandungan asas bagi rokok dan shisha adalah sama, iaitu tembakau. Tembakau yang digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dulu sementara tembakau yang digunakan untuk shisha diperam.
Air dalam shisha tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap shisha. Shisha juga mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain-lain bahan seperti rokok biasa. Bahkan arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa yang juga berbahaya dari segi bahan pengawet digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau dalam rokok.




Penyakit Bakal peminat shisha dapat?
Bagi mereka yang menghisap shisha di kedai kopi, perkongsian paip shisha mendedahkan mereka kepada bahaya lain seperti penyakit yang merebak melalui air liur.Penyakit yang biasa kita dengar, berjangkit akibat berkongsi shisha adalah TB.
Tidak hairanlah jika kes TB di Mesir menjadi satu kebiasaan di semua hospital.
Jadi para sahabat dan peminat shisha yang selalu cakap shisha ni alternatif kepada rokok, sila tinggalkan aktiviti shisha anda atau anda terdedah kepada penyakit yang mara bahaya!
Tahukah anda..mengikut kajian,,shisha sama dengan anda menghisap 52 batang rokok sehari..fikir-fikirkan lah...Nauzubillah..


Feb 22, 2011

:: Si Suami dAn Si iSteRinYa ::

Before marriage:
He: Yes.At last. It was so hard to wait.
She: Do you want me to leave?
He: NO! Don't even think about it.
She: Do you love me?
...He: Of course!
She: Have you ever cheated on me?
He: NO! Why you even asking?
She: Will you kiss me?
He: Yes!
She: Will you hit me?
He: No way! I'm not such kind of person!
She: Can I trust you?

Now after marriage u can read it from bottom 2da top.... 

Kalau nak tahu..ni la sebahagian besar daripada masalah yang melanda keluarga zaman sekarang...dasyat2,,,mintak2 la dijauhi..amiiinn...=)

Feb 21, 2011

:: NAK TAHU TANDA-TANDA ORANG BERBOHONG?? ::



Bagaimana nak mengenali samada anda sedang dibohong? Tidak kira lelaki atau wanita, kalau dah kaki pembohong tu kawan baik pun digulainya hidup-hidup. Di bawah adalah tip-tip cara mengenali seseorang itu sedang berbohong.

Menyentuh hidung - Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila seseorang bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut - Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap - Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong.

Pergerakan mata - Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan - Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah - Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong. 


 

Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong. Sekian terima kasih,Assalammualaikum..




Feb 16, 2011

:: 10 Gambar lucu tahap dewo ::

ganah ngoti budok ni..kaloh lori..


 cian lok aku tgk kucing nih..

kebenaran yang mungkin kte xtaw..rupa2 nye ade tikus..

tanaman komersial


glor sungguh...

kreatif dan inovatif sera analitis..ganah2..

zaman2 dlu musim raya gni la skmo...

ketuk berapi...!!


duit baru 100 ribu rupiah..(cian dyo..malu sangat~)
  

"lu pijak kepala gua depan anak2 buah gua,gua xkasi muka sama lu!!"

Feb 15, 2011

Enousemen (pengumuman) !!

        

      Minta perhatian kepada para pengujung laman blog ini yang disayangi sekalian(terutamanya kepada pelajar MRSM Kota Putra).. Pada minggu lepas,saya sudah memulakan perbincangan dengan beberapa orang ahli fesyen terkenal serta pakar permodelan antarabangsa bagi merealisasikan impian saya untuk mengadakan "Anugerah Ore Smart kali" yang akan berlangsung di blog ini tidak lama lagi.

               Anugerah ini bertujuan untuk melahirkan model-model terkenal ke peringkat antarabangsa..kami akan melakukan pemerhatian serta analisa bagi memilih pemenang bagi anugerah berprestij ini..Oleh itu,kami akan sentiasa menyiarkan setiap minggu pemenang bagi anugerah ini(pemenang akan disiarkan melalui gambar)..sangat dialu-alukan kepada  anda semua yang ingin memberi pendapat atau cadangan bagi anugerah ini bagi memilih siapakah calon yang sesuai bagi anugerah ini..sekian terima kasih...
Assalammualakum..  


Nantikan pemenang pertama anugerah ini pada masa akan datang...jangan ketinggalan!!! 

Feb 12, 2011

:: Kejohanan Futsal Piala Super Kopu 2010 ::

Helo..heloo...Assalammualaikum wtb...
hari ni ingat ke nak kongsi2 sikit gambar2 time maktab ade buat kejohanan futsal anjuran sendirian berhad..kejohanan berlangsung dlm sebulan atau 2 bulan sebelum exam spm...huhu..kalo nak tgk,tgk je laa...













SEPANYOL

BRAZIL

SEK MANE DK TAW EH..DOK INGAT LA..

TEKO?SAPO EH?

BIDUK OH BIDUK

PEMINAT SETIA..!!

KATANG MOLEK MAJID NYEPAK
BUKIT KLUANG


MUKO2 LETIH BLAKO


PROSES TANDATANGAN OLEH Y.A.B TEACHER AIMI

BIDUK BUNTU SETELAH DI ASAK OLEH PULAS


SURADIE & JEMIE (ADIK BERADIK)

TEACHER AIMI

PASUKAN YANG BERTANDING

JEPUN??

GERMANY

MAROUNE CHAMAKH ATAU SONG??

HIGUAN SEDANG MENGELECEK

SATHIANATHAN DALAM PEMERHATIAN

MANA BOLA NYE?

APO KUAT DIASAK OLEH K.A

JUARA SUPER KOPU 2010
SEPANYOL