Mar 3, 2011

:: 10 Jenis Orang Islam Yang Kejam ::

Sufyan Atsauri berkata: “Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:


1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.
 

2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.
 

3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.
 

4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
 

5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.
 

6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
 

7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
 

8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
 

9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
 

10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.



Dipetik daripada http://peribadirasulullah.wordpress.com

:: Gambar Dunia Akhir Zaman..Islam diHina..Nauzubillah ::








Israel membina tandas kencing dengan rupa wanita solehah yang bertudung… kini umat Islam boleh dihina kerana sikap mereka yang hanya menjadi penonton dan pengguna setia kepada barangan yahudi… syarikat yahudi akan membina tandas berbentuk demikian untuk kegunaan awam dengan tujuan menghina dan mempersendakan Islam. syarikat yahudi juga akan memasarkanya di amerika yang menjadi rakan niaga terbesar dengan kita tercinta.


Kelab Malam Di Sepanyol



Sudahlah kelab malam dinamakan dengan nama Mekah, Bangunannya pula berbentuk masjid – Nilailah sendiri tahap penghinaan terhadap Islam tetapi tidak ada seorang pun umat Islam yang bernama lelaki.  Semuanya dayus untuk bersuara dan memperbetulkan keadaan dengan penuh hikmah.

Untuk perniagaan dan nafsu umat Islam sanggup  berbincang siang dan malam tetapi untuk agama Allah SWT tidak ada masa.


majlis di istana di dubai,arab saudi


Palm island Dubai

Burj Al Arab
Pembaziran yang berlaku di negara arab saudi yang kaya dengan hasil minyak..
Inilah nikmat yang Allah berikan kepada mereka tetapi disalah gunakan...masyaAllah..pembaziran yang melampau...

Feb 28, 2011

:: Cara Memotong Kuku Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W ::

Haaaaa..sape yang ase nak cari PAHALA lebih tu...tengok2 la cni(bg sape2 yang belum tahu dah belum amal arh)....ok? Assalammualaikum..